1 SEASON 4U (MM2H) SDN BHD
31-2, Level 2, Block C, Zenith Corp Park, Jalan SS 7/26, City SS7, 47301 Petaling Jaya, SELANGOR DARUL EHSAN , Selangor
03-78862292 03-78872282
kampungku
Selasa, 15 November 2016
Makanan-makanan yang menarik perhatian ramai yang ada di kampung sijangkang ini.
Makanan sifood, pelbagai makanan laut disediakan.
Mereka menyediakan makanan laut yang segar, dan hidangan mereka seperti
Tempat yg kedua, burger warisan. Menyediakan pelbagai jenis burger yang baling diminati pada abat ini.
Tempat ke 3, damai stemboat dan ikan bakar menyediakan makanan laut yang istimewa. Datang la untuk marasainya sendiri.. Ajak kawan-kawan ngan keluarge sekali..
Ni lagi satu saya nak ckp.. Air yang kt atas ni percume je. Minum lah tuk basahkan anak tekak
Tempat ke 4 qidot menyediakan makanan berlemak dan berkrim kek pon ade.. So sesape yang nk tambah lemak tu mai la ke cafe qidot..
Haaa.. Nak wat brithday party pon bole. Datang la beramai-ramai di qidot anda mampu memakannye.
Isnin, 14 November 2016
SERBA SEDIKIT SEJARAH ASAL USUL NAMA KAMPUNG SIJANGKANG
Mana asalnya nama kampung ini, sebanarnya nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok. Pokok Jangkang ini mati disebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’. Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’. Jadi jom Maha share apa yang menarik ada di Kampung Sijangkang Kuala Langat Selangorni.
AKTIVITI YANG ADA
Litar Buat Kaki Lumba
Ini adalah satu-satu yang menarik ada di Kampung Sijangkan ini iaitu Litar GoKart Sijangkang. Rupanya dalam kawasan kampung ini telah dibangunkan satu kemudahan untuk generasi muda melepas kepuasan dalam berlumba.
Litar yang dibina dalam kawasan ladang kelapa sawit ini memang cukup luas dan menguji keberanian korang. Kat sini bukan sahaja ada lumba GoKart juga boleh lumba mini motor seperti adik ini yang berusia 10 tahun selalu berlatih kat sini.
Jadi ini adalah inisiatif yang paling bagus untuk membantu generasi muda menghabiskan masa terluang meraka. Jadi kalau tak ada apa-apa aktiviti jom lumba lah kalau berani sangat.
Alamilah Ekologi Semulajadi
Ini satu lagi usaha paling win bagi penduduk di kampung ini iaitu mereka bersama-sama bekerjasama membangunkan Taman Rekreasi Paya Bakau. Kalau Maha bagi tahu korang bahawasanya taman rekreasi ini dibangunkan sendiri menggunakan duit yang dikumpul dan derma orang kampung.
Maka dengan usaha sama ini terjadinyakan taman reakriasi yang cukup indah dan berguna dalam industri pelancongan di sini. Maha yang pertama kali jejak kaki kat kawasan rekriasi ini rasa kagum dan bangga dengan usaha orang kampung ini. Sebab kat sini ada semua kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka yang datang berkunjung di sini.
Mereka yang datang sini untuk berkhemah melakukan aktiviti hutan atau buat kajian tentang paya bakau sini adalah tempatnya. Selain tu juga kat sini boleh buat aktiviti seperti memanah, bot penambang, aktiviti BBQ, kem motivasi dan program remaja juga sangat sesuai untuk dibuat di sini.
Korang yang nak masuk berjalan atas titi sepanjang lebih 100meter yang disediakan ini pasti kagum tengok kawasan hijau yang masih terpelihara. Kat sini lah kami semua dapat belajar beberapa masakan utama masyarakat majmuk di kampung ini.
Kuih Lemper |
Ayam Balaos |
Penduduk Kampung Sijangkang yang terdiri daripada pelbagai bangsa sepertiBanjar dan Jawa ada pelbagai hidangan yang popular. Hari tu kami sempat belajar untuk buat Kuih Lemper dan juga Ayam Balaos. Memang sedap kedua-dua hidangan ini puas hati dapat memasak bersama makcik-makcik yang ramah semuanya.
Galeri Seni Tangan
Kat kampung ini juga ada satu galeri yang dibangunkan sendiri oleh penduduk di sini yang merupakan seorang Professor dalam bidang seni. Ia juga turut diusahakan oleh anaknya yang juga minat dalam bidang seni tangan iaitu membuat tembikar.
Di sini kami dapat jelajah galeri yang diberi nama Pantau Iraga Art ini menempatkan ruang pameran dan juga studio untuk menghasilkan karya-karya seni mereka. Kami juga sempat diajar bagaimana cara untuk membuat tembikar menggunakan tanah liat. Nampak senang tapi susah sebenarnya yer.
Terima kasih kepada Professor Awang Damit dan anaknya yang sudi terima kehadiran kami bagi yang nak buat tour ke kawasan geleri ini kena buat pemohonan dulu kerana ia tidak dibuka kepad umum hanya ruang pameran sahaja.
Rumah Melayu Tradisional
Satu-satunya rumah Melayu yang masih mengekalkan ukiran dan seni pembinaan rumah lama ada di Kampung Sijangkang ini. Itu yang unik kat sini kerana sekarang mana nak cari seni bina rumah lama yang mesih ada hiasan dan juga reka bentuk trasidional lama.
Menurut kata pemilik rumah ini dahulu rumah asal roboh dan dibangunkan semula tapi mengekalkan seni reka bentuk asal. Kalau korang masuk sini dan korang perasan ada lebih dari 100 ukiran seni pada dinding dan juga seluruh rumah ini.
Cantik sebenarnya rumah Melayu kita ini dan semua dibuat ada ciri-ciri yang berguna seperti ukuran pada atas tingkap adalah untuk pengudaraan dan banyak lagi. Jadi kalau berkunjung ke sini jangan lupa ambil gambar sepuasnya ok pasti korang kagum.
Itulah serba sedikit kisah perjalan Maha menjelajah ke kawasan Kampung Sijangkang ini. Jangan kata kampung kita tiada yang menarik sebenarnya banyak tapi kita jer tak habis teroka. Semoga perkongsian Maha ini buat korang minat untuk masuk kampung dan rasai suasana sebenar. Jangan risau sini ada homestay dan hotel bagi yang nak stay lama ok. Selamat bercuti semua.
TAMAN REKRIASI PAYA BAKAU KG. SIJANGKANG
Terdapat banyak jenis-jenis pokok yang berada dalam taman paya bakau ini.
contoh pokok yang ada di taman paya bakau
tmpat brjalan kaki yang disediakan
gambar diatas menunjukkan terdapt banyak jenis-jenis pokok yang ada.
anda boleh menaiki bot sewa untuk melihat pokok-pokok tersebut, atau pon anda juga boleh melihat pemandangan tersebut dengan berjalan kaki.
Langgan:
Catatan (Atom)